Menanam pokok didalam pasu sebenarnya
lebih senang jika dibandingkan dengan menanam tanpa pasu. Ini adalah disebabkan
oleh faktor-faktor keperluan berikut:-
- Menjimatkan bahan campuran tanah
- Boleh diubah untuk tujuan hiasan dan
jualan
- Tumbesaran pokok boleh dikawal.
- Kerja-kerja penyelenggaraan boleh
dijalankan mengikut keselesaan pekerja
- Faktor-faktor keperluan kehidupan
pokok seperti baja, air, tanah, cahaya, suhu dan pengurusan perosak dapat
dikawal.
Jenis-Jenis Pasu atau Bekas
Terdapat berbagai jenis pasu atau bekas
di dalam pasaran. Pemilihan pasu yang sesuai bergantung kepada jenis tumbuhan
yang hendak ditanam, tujuan menanam dan juga sifat pasu itu sendiri. Pasu yang
dipilih mestilah mempunyai lubang saliran dibawahnya untuk mengelak pengumpulan
air yang berlebihan.
Pasu tanah liat mempunyai dinding yang
berongga untuk membantu pengudaran dan saliran. Pasu plastik dan seramik
tidak mempunyai dinding yang berongga tetapi hanya terdapat lubang saliran.
Biasanya pasu-pasu dari jenis ini didapati lebih menarik.
Bagi pasu plastik dan ceramik siraman
harus berhati-hati dan dijarangkan kerana dindingnya tidak berongga. bagi pasu
jenis plastik tidak perlu diletakkan kepingan-kepingan pasu di atas lubang
seperti pasu tanah liat. Juga pasu plastik lebuh mudah dibasuh.
Sebagai panduan pilihlah bekas yang
sesuai, murah, ringan, tahan, menarik dan bekas mestilah senang untuk
mengeluarkan pokok untuk tujuan menukar pasu.
Bentuk Dan Saiz Pasu.
Pasu Biasa (standard
pot) |
Pasu separuh untuk
kegunaan bebawang azaleas, begonias, bromeliads |
 |
 |
saiz-Saiz Pasu |
BekasBijihbenih |
 |
 |
Rajah 3: Bentuk dan saiz
pasu |
|
|
|
Pasu Biasa (standard
pot) |
|
Saiz pasu |
Tuang |
Garis pusat |
Siraman |
|
|
5cm - 12 cm |
1.5cm |
14 cm - 19 cm |
2 cm |
20 cm - 23 cm |
3 cm |
24 cm - 36 cm |
4 cm |
32 cm |
5 cm |
Ketinggian ruang siraman yang
disyorkan

Rajah 4: pasu biasa
Sumber: House Plant Expert
Cara-Cara Memasu
- Pilih pasu yang bersih dan sesuai
dengan pokok
- Sediakan tanah campuran untuk pasuan -
biasanya tanah J.I.P dengan nisbah 3:2:1 sesuai digunakan.
- Aturkan serpihan pasu (crock) atau
batu-batu kasar berlapis-lapis sehingga lebih kurang 1/4 daripada ketinggian
pasu. Susunan janganlah sampai menutup rapat lubang-lubang pasu.
- Isikan tanah campuran sehingga separuh
bahagian pasu.
- Letakkan pokok yang hendak ditanam di
tengah-tengah pasu. Pokok mesti tegak. Isikan tanah campuran sehingga hampir
penuh. Padat tanah keliling pokok. Siramkan sehingga kelihatan air keluar
melalui lubang di bawah.

Rajah 5: Cara-cara Memasu
Letakkan pasu ini ditempat redup selama 4
- 7 hari. Siram tiap-tiap hari. Tempoh ini bergantung kepada pemulihan pokok
berkenaan.
Pemasuan Semula
Pemasuan semula bertujuan menukarkan tanah
lama kepada campuran tanah baru supaya mengekal tumbesaran dan kesuburan
tanaman. Kerja-kerja lain dilakukan apabila terdapat tanda-tanda seperti:-
- Keadaan tanah - melekat, padat,
tanah cepat kering apabila disiram
- Keadaan akar - berserabut,
berbungkus ke atas dan juga keluar dari lubang-lubang bawah pasu
- Keadaan dahan - pertumbuhan lambat,
ranting halus dan rapuh
- Keadaan daun - kuning, selalu gugur,
tidak lebat, kecil dan tidak segar.
- Keadaan Bunga - kecil dan selalu
gugur sebelum kembang.
Cara-Cara
Pemasuan Semula |
|
|
|
Gunakan pasu lama
atau baru. Jika pasu baru di rendam dalam air semalaman. Pasu lama pula
perlu dibasuh bersih. |
 |
|
|
Sediakan pasu
sepertimana biasa dan isikan serpihan pasu 1/4 pasu dan tanah campuran
setengah pasu. |
 |
|
|
Cantas mana-mana
bahagian tumbuhan yang tidak dikehendaki, serperti ranting mati, buruk,
berpenyakit atau terkeluar dari bentuknya. Potong juga akar yang
terkeluar dari lubang bawah pasu. Siramkan pokok yang dicantas. Selepas
lebih kurang 1 jam boleh dikeluarkan pokok dari pasu. |
 |
|
|
Keluarkan pokok dari
pasu. Rebahkan atau pusingkan pasu dan ketok bibir pasu
perlahan-perlahan supaya tanah dan pasu terpisah. Kemudian pegang
pangkal pokok dan tarik keluar perlahan-lahan. |
 |
|
|
Cantas mana-mana
bahagian akar yang berserabut dan tidak dikehendaki. Bahagian akar dan
tanah yang tinggal bolehlah dalam bentuk segiempat atau bulat. Sebanyak
mana yang perlu dibuang bergantung kepada keadaan pokok, pasu dan
akar yang penting akar utama tidak rosak. |
 |
|
|
Tanam sepertimana
biasa. Padatkan tanah di sekeliling akar dengan ibu jari. Tambahkan
tanah sehingga tanah sama paras dengan pangkal rokok. Hentakan pasu
perlahan-lahan supaya tanah mendap. |
 |
|
|
Tanam pokok
secukupnya. Letakkan seminggu di bawah teduhan. Kemudahan barulah
dikeluarkan ke tempat biasa. |
 |